PERMAS

PERMAS
SELAMAT DATANG KE LAMAN TAZKIRAH PERMAS

Ahad, 5 Februari 2012

LAHIRNYA SEORANG INSAN YANG BERGELAR KEKASIH






بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum W.B.T.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Agung yang memiliki seluruh Alam. Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, di atas segala nikmat yang telah dianugerahkanNya kepada kita semua. Semoga dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan, dapat kita tingkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Selawat dan salam juga buat junjungan besar kita, Rasulullah SAW, kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka sehingga hari kiamat.

12 Rabi'ul Awwal bergema lagi yang mana terdapat detik-detik bersejarah yang wajib diingati bagi umat Islam. Ini kerana, dalam bulan ini telah lahirnya seorang insan yang begitu tinggi akhlaknya dan begitu sempurna sifatnya hinggakan dia mendapat gelaran sebagai kekasih-Nya. Insan yang terpuji ini digelar Muhammad S.A.W.

Sempena menyambut hari kelahiran baginda, umat Islam seluruhnya akan berdusun-dusun melakukan perarakan keliling kota bagi menunjukkan rasa cinta mereka terhadap insan yang bergelar al-Amin ini. Tapi adakah dengan cara itu membuktikan cinta kita kepada Nabi S.A.W.? Ada kata ya, ada kata tidak.


Tidak salah untuk kita berarak bagi menyambut maulidur Rasul dan mengingati baginda. Tapi kita juga perlu ingat bahawa sekadar mengingati dan menyambut hari jadi belum cukup untuk membuktikan tanda kecintaan kepada Nabi S.A.W. Kita kena ingat bahawa baginda S.A.W. tidak pernah meminta kita untuk menyambut hari kelahirannya. Tetapi, Rasulullah S.A.W hanya meminta kita untuk mengikut sunnah dan al-Quran.

Tanda cinta kita pada Rasul tidak perlu ditunjukkan setahun sekali, tapi ianya perlu diamalkan setiap detik. Terdapat dalam sebuah kisah bahawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat mengerikan. Lalu dia bertanya, "Siapakah engkau?" Makhluk itu menjawab, "Akulah amalmu yang buruk" Lelaki itu bertanya, "Apakah caranya agar aku dapat selamat dari engkau?" Makhluk itu menjawab "Dengan membaca selawat Nabi S.A.W."

Dalam kisah lain pula diceritakan bahawa seorang lelaki tidak pernah membaca selawat kepada Nabi S.A.W. Pada suatu malam, dia bermimpi melihat Nabi S.A.W. Baginda tidak menolehnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah menjawab, "Tidak" Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak memandangku?" Kata Rasulullah, "Kerana aku tidak kenal kamu" Lalu lelaki itu berkata, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku? Aku adalah lelaki umatmu. Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau lebih mengenali umatmu daripada ayah ibunya." Rasulullah berkata, "Mereka benar. Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mengingatiku dengan membaca selawat padaku." Kemudian lelaki itu terbangun. Lalu dia mewajibkan dirinya membaca selawat seratus kali sehari. Setelah dia melakukan demikian, maka beberapa hari kemudian dia bermimpi melihat Rasulullah S.A.W. seraya Rasulullah S.A.W. berkata, "Sekarang aku telah kenal engkau dan aku syafaati engkau."

Wahai sahabat-sahabat sekalian, tanda kita cintakan Nabi S.A.W. adalah dengan menjadikannya sebagai idola kita seperti mana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasullah S.A.W. itu suri tauladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan yang mengharapkan hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah"

Tidak lupa juga mengamalkan sunnahnya dan sentiasa berselawat ke atas baginda S.A.W. Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang beriman berselawatlah kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penuh penghormatan yang sepenuhnya"

Jadi, marilah kita sama-sama memeriahkan maulid Nabi pada tahun ini dengan memperbanyakkan selawat keatas baginda serta sentiasa mengamalkan sunnahnya.




                      

Ahad, 22 Januari 2012

Seeking the perfect life ~

Assalamualaikum w.b.t kepada sahabat serta sahabiah, rakan serta kawan , teman dan seterusnya kepada semua yang membaca entri ini. Pertama dan selamanya marilah kita sama-sama bersyukur kehadrat ilahi kerana masih lagi diberi peluang untuk terus hidup dan Alhamdulillah kerana diberi nikmat yang paling besar iaitu Iman dan Islam. 

Tazkirah ringkas daripada kami melalui sebuah cerita yang padat dengan manfaat dan cerita yang penuh dengan pengajaran dan nilai sebuah kehidupan.



Seorang anak murid bertemu dengan gurunya dan bertanya pada gurunya :
Murid : Bagaimanakah caranya untuk kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup wahai guru??

Guru : Berjalan luruslah engkau wahai anakku di taman bunga , lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu & jangan pernah kembali kebelakang.

........... Setelah berjalan dan sampai di hujung taman , si anak kembali dengan tangan yang kosong dan wajah yang hampa . Lalu guru bertanya .

Guru : Mengapa kamu tidak mendapatkan sekuntum bunga pun??

Murid : Sebenarnya tadi aku sudah menemukan sekuntum bunga yang sangat indah di mataku tapi aku tidak memetknya kerana aku fikir mungkin di depan pasti ada yang lebih indah namun ketika aku sudah sampai di hujung taman , baru aku sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang paling indah , dan aku tidak boleh lagi pusing kebelakang.


.....dengan tersenyum Guru berkata :-)


"Ya , itulah kehidupan semakin banyak kita mencari kesempurnaan semakin kita pula tidak akan pernah mendapatkannya kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada , yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima setiap kekurangan"

Pesanan ikhlas dari kami , 


Ingatlah bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu dengan kuasa Allah . Jangan pernah ragu dengan kuasanya dan mari kita sedari untuk mencari kesempurnaan adalah dengan bersyukur keatas semua nikmat yang Allah berikan supaya dengan nikmat sedikit yang kita syukuri itu Allah akan 
tambahkan dengan nikmat yang banyak.. wallahualam ~





" Jangan terlalu mencari kesempurnaan kerana jika kita terlalu mencari kesempurnaan , kita akan kehilangan kesempurnaan yang telah kita miliki sebelum ini "





Jagalah 7 Sunnah Rasulullah

  1. Tahjuud - Kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
  2. Membaca Al-Quran sebelum matahari terbit - Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
  3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh - Sebelum melangkah ke mana pun, langkahkan kaki ke masjid kerana masjid pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 
  4. Jaga solat dhuha - Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
  5. Jaga sedekah setiap hari, Allah menyukai orang bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan orang yang bersedekah setiap hari.
  6. Jaga wudhu' terus menerus - Allah menyayangi hamba yang berwudu'. Kata Khalifah Ali Bin Abi Thalib, " Orang yang selalu berwudu' sentiasa akan merasa selalu solat walaupun dia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampunilah dosa dan sayangi dia Ya Allah".
  7. Amalkan istigfar setiap saat - Dengan istigfar masalah yang terjadi kerana kita akan dijauhakan Allah.